CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, October 19, 2008

Salam Lebaran Dari Abah



Ampun dan maaf andainya
Terkasar bahasa
Tersilap bahasa
Termarah yang tak kena
Tertanya yang ta tentu hala
Tersasul yang tak sengaja

Terpukul kat mana- mana
Terpekik di telinga
Terhntuk di kepala
Terpinjam harta benda
Termudi tak semena - mena
Terumpat bila-bila
Termacam-macam lagi
Yang kena-mengena

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN







Di kesempatan ini abah ingin ucapkan Selamat Menyambut Aidil Fitri dan Maaf Zahir dan Batin,
Duit Raya abah akan bagi masa 1 Syawal nanti. Raya ni jangan main mercun ya nanti putus tangan.


Ikhlas daripada :-
Ayahanda Amaruddin Bin Isa

Thank You


Dialog Hantu

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,
"Apsal kau ni asyik menggigil je?"
"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.
"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.
"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.
"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.
"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."
"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."
"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.
"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.
Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,
"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

Saturday, October 18, 2008

Peringatan:Syaitan Dan Hidung

Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur (Muslim)



Berikut dipaparkan tulisan kiriman dari seorang teman.



Bunga akan berkembang segar jika disirami air, dan hidung akan berkembang megah bila dipuji ye dak. Bila kita nangis kekadang hidung pun tumpang nangis, kadang-kadang air hidung lebih banyak dari air mata.





Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur. Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya. Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung, tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.


Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi.



Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita, macam-macam dia bikin.



Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.



Cara nak membersihkannya

Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil, bersihkanlah perlahan-lahan. Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal, boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam serombong kapal daa.



Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat, nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah, setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.



Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing).

Akhir kata... . ..

"Walaupun dirimu tidak kukenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku"

Ibuku tercinta

PADA MULANYA KAU MELAHIRKAN AKU,
AKU TIDAK MENGETAHUI APA-APA,
KETIKA ITU,
KETIKA UMURKU TIGA TAHUN,
KAU TELAH MENGAJARKU ERTI KASIH
SAYANG,
PADA USIAKU TUJUH TAHUN PULA,
KAU MENGHANTARKU KE SEKOLAH,
KETIKA USIAKU LAPAN TAHUN,
KAU MENANGIS KERANA AKU TIDAK LULUS
PEPERIKSAAN,
KAU JUGA MENANGIS BILA HATIMU TERGURIS DEK KENAKALANKU,
DAN KINI,
KAU MENANGIS GEMBIRA,
APABILA MENDAPAT TAHU AKU LULUS
DALAM PEPERIKSAAN,
KAU MENANGIS LAGI,
SRLAGI AKU MASIH BERADA DI DUNIA INI.



< /a>

A Woman

Love Heart