CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, October 19, 2008

Salam Lebaran Dari Abah



Ampun dan maaf andainya
Terkasar bahasa
Tersilap bahasa
Termarah yang tak kena
Tertanya yang ta tentu hala
Tersasul yang tak sengaja

Terpukul kat mana- mana
Terpekik di telinga
Terhntuk di kepala
Terpinjam harta benda
Termudi tak semena - mena
Terumpat bila-bila
Termacam-macam lagi
Yang kena-mengena

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN







Di kesempatan ini abah ingin ucapkan Selamat Menyambut Aidil Fitri dan Maaf Zahir dan Batin,
Duit Raya abah akan bagi masa 1 Syawal nanti. Raya ni jangan main mercun ya nanti putus tangan.


Ikhlas daripada :-
Ayahanda Amaruddin Bin Isa

Thank You


Dialog Hantu

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,
"Apsal kau ni asyik menggigil je?"
"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.
"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.
"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.
"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.
"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."
"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."
"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.
"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.
Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,
"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

Saturday, October 18, 2008

Peringatan:Syaitan Dan Hidung

Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur (Muslim)



Berikut dipaparkan tulisan kiriman dari seorang teman.



Bunga akan berkembang segar jika disirami air, dan hidung akan berkembang megah bila dipuji ye dak. Bila kita nangis kekadang hidung pun tumpang nangis, kadang-kadang air hidung lebih banyak dari air mata.





Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur. Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya. Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung, tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.


Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi.



Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita, macam-macam dia bikin.



Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.



Cara nak membersihkannya

Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil, bersihkanlah perlahan-lahan. Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal, boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam serombong kapal daa.



Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat, nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah, setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.



Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing).

Akhir kata... . ..

"Walaupun dirimu tidak kukenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku"

Ibuku tercinta

PADA MULANYA KAU MELAHIRKAN AKU,
AKU TIDAK MENGETAHUI APA-APA,
KETIKA ITU,
KETIKA UMURKU TIGA TAHUN,
KAU TELAH MENGAJARKU ERTI KASIH
SAYANG,
PADA USIAKU TUJUH TAHUN PULA,
KAU MENGHANTARKU KE SEKOLAH,
KETIKA USIAKU LAPAN TAHUN,
KAU MENANGIS KERANA AKU TIDAK LULUS
PEPERIKSAAN,
KAU JUGA MENANGIS BILA HATIMU TERGURIS DEK KENAKALANKU,
DAN KINI,
KAU MENANGIS GEMBIRA,
APABILA MENDAPAT TAHU AKU LULUS
DALAM PEPERIKSAAN,
KAU MENANGIS LAGI,
SRLAGI AKU MASIH BERADA DI DUNIA INI.



< /a>

A Woman

Love Heart

sebab gagal interview

SITUASI 1
A : Ada boyfriend?
B : Ada.
A : Dia bekerja dalam negara ke?
B : Oh tidak. Dia bekerja di luar negara.
A : Maaf, syarikat kami tidak boleh terima kamu bekerja di sini.
B : Mengapa ?? (nada terkejut)
A : Emm... kamu mesti tidak akan lama bekerja di sini dan yang paling penting syarikat tidak akan mampu membayar bil panggilan antarabangsa kamu .

SITUASI 2
A : Kamu ada teman wanita?
B : Tiada.
A : Tak cuba untuk dapatkan seorang ke?
B : Pernah mencuba tapi tak berjaya..
A : Pernahkah kamu terfikir untuk mendapatkan kerja terlebih dahulu dan kemudian barulah mencari teman wanita.
B : Saya mementingkan kerjaya dan buat masa sekarang saya tidak mahu memikirkan perkara (cinta) tersebut. Itu urusan peribadi.
A : Nampaknya saya tidak dapat menggaji kamu.
B : Tapi kenapa encik?
A : Kamu lemah kemahiran berkomunikasi dan tiada keyakinan diri, itu saja.


SITUASI 3
A : Kamu nampak cantik dan bergaya. Tentu kamu sudah mempunyai teman lelaki kan??
B : (Tersenyum bangga). Emm ya saya.
A : Sudah tentu dia seorang yang kaya (sambil mengurut janggut).
B : Tuan memang bijak. Dia antara yang terkaya dalam negara ini dan memiliki syarikat besar.
A : Oo begitu rupanya. Cik maaflah saya tidak dapat menerima kamu bekerja di sini kerana teman lelaki kamu sendiri pun tidak menerima kamu bekerja di syarikatnya. Ini kan pula saya.
B: Tapi..tiada jawatan yang sesuai dengan saya di syarikatnya.
A : Jadi apa jawatan yang sesuai dengan kamu?
B : Setiausaha.
A : Maaf sekali lagi. Kamu tidak layak bekerja di sini kerana kecantikan kamu akan menjejaskan semangat kerja pengurus kami.
B : Tapi saya bukannya cantik sangat pun encik.
A : Haa ... lagi bermasalah sebabnya pengurus saya pasti tidak berminat dengan kamu
B : Glup ...


SITUASI 4
A : Ada girlfriend?
B : Ada.
A : Cantik tak dia?
B : Biasa je.
A : Hmm ... maaflah kamu tidak layak bekerja di sini.
B : Tapi kenapa encik ?
A : Syarikat kami terlibat dalam perniagaan berkaitan seni dan memerlukan seseorang yang berseni. Tetapi kamu langsung tidak mempunyai ciri-ciri tersebut. Teman wanita pun biasa je.
B : Haa ... (melopong)

Sahabat


Friday, October 17, 2008

SEBARKAN!

Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat...Cuba buat n tgk...
1. Bukak Microsoft Word korang.
2. Taipkan dalam huruf besar, Q33 NY .Q33 NY ni adalah number pesawat yang melanggar WtC tu..
3. tukar saiz font tu kepada saiz 48.
4. Korang highlightkan Q33 NY tu kemudian tukar kepada font Wingdings. Apa yang korang nampak? Allahuakbar .. sesungguhnye benda ni dah lama wujud tanpa sesiapa yang menjangkakannye ...
Kelihatan gambar sebuah Kapal Terbang melanggar WTC (menara berkembar tu) ..
kemudian ade lambang tengkorak dan lambang yahudi ....
dah cube dan mmg btol.............
SUBHANALLAH.... Cubalah...dan sebarkan....

SEBARKAN!

Betapa Agungnya Tuhan!

Assalamualaikum & selamt sejahtera semua
,Seoga semua dalam keadaan sihat walafiat...
Kejadian iniberlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya.Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai.Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat denganpenduduk-penduduk di negara itu. Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah,jikadia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memelukIslam.Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat. Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat. Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu. Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian. Bermulalah soalan,cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin.Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Danjawapannya betul.Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul.Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir,hebat juga gembala kambing ini.Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya.Betul lagi... Lalu cendekiawan tersenyum puas hati.Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalucendekiawan menepuk tangan.Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambingmenunjukkan telur ayam ditangan. Betul... Maka tamatlah sesi perdebatan.Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembalakambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita..."Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tuanku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilahaillallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari.Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduannamuhammadarrasullullah)""Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua?Gembala kambing memberi jawapan, lima. Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari,maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari,sebab rukun iman ada enam" "Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambingmenjawabpenumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hambamengeluarkanpedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi.""Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu Jawapannya telur... betullah...Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya"Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambingtersebut,adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita..."Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu.Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dianak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh.Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia.""Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba.Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wahwah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba.Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak!Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam...Hamba pun mampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi... "Tergelak besar Raja mendengarpenjelasan gembala kambing tersebut. Sungguh besar keagungan Tuhan...walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akantetap terbela.Wallaualam...

warna dan wanita

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua,
Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat...
Merah: Happy -Go-Lucky! Berani, tegas dan mempunyai pendirian sendiri.
Biru: Setia pada pasangan, pandai berjimat, suka berterus-terang, jujur, cekap dan mudah memaafkan.
Ungu: Pemurah hati, tak suka di printah, berinisiatif, bijak tapi ada masanya terlalu beremosi.
Kelabu: Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka berkorban, cerdas dan bijak.
Kuning: Gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.
Putih: Bersih fikirannya, tak crewet, berkata benar, jujur, rendah hati, sopan santun, pramah, sentiasa tenteram hatinya,suka menolong dan hidup bertawakal.
Hijau: Segar, suka pada kebahagiaan, tak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.
Hitam: Suka menyendiri, perhatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tak mudah di pengaruhi, kuat berfikir,setia pada pasangan, baik hati tapi akan cepat tersinggung.
Coklat: Kaya dengan sifat keibuan, merendah diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah. betui ke tak ni....................?

warna surat cinta

Ani : "Mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna Hijau Muda?"
Ena : "Surat warna Hijau Muda itu bererti "Aku Cinta Padamu"
Ani : "Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apa ertinya?"
Ena : "Itu melambangkan Suasana Pilu"
Ani : "Kalau kertasnya berwarna Merah?"
Ena : "Asmara Yang Membara"
Ani : "Kalau kertasnya warna Putih?
" Ena : "Suci, Bersih dan Jujur "
Ani : "Kalau kertasnya Kuning?"
Ena : "Melambangkan Hati Yang Gersang" Ani :
"Kalau Merah Jambu?"
Ena : "Sedang Jatuh Cinta"
Ani : "Kalau kelabu?" Ena : "Melambangkan Hati Yang Sedang sedih"
Ani : "Kalau kertasnya Hitam?"
Ena : "Itu namanya kertas karbon.. bodoh!

BabyNa and family!

Selamat sejahtera semua,
Semoga dalam keadaan sihat walafiat...

Memandangkan ni entri pertama Na jd baek Na cita psl kehidupan Na... amacam?
Hidup Na serba sederhana shj... Nama panjang Na Arina Izzah binti Amaruddin dan Na skrang nie berumur (rahsialah)hehehe... Family Na terutamanya my mom slalu panggil Na dengan nama Baby atau Na. Na masih belajar di skpj (8),1. Na skrang ni menetap di p'jaya. Seterusnya, nama ayah Na Amaruddin bin Isa dan skrang nie berumur 40 tahun. Ayah Na seorang yang baek dan seorg yg 'caring'. Ayah Na x garang macam ayah orang laen.. Itu yg bez tu... Nama mama Na ialah Nor Kanidza binti Hussain yg skrang nie berumur 39 tahun. Mama Na nie seorang baik hati & caring mcm lah ayah Na.. Na bertuah dapat dua ibu bapa yg penyayang.. Na ada dua org adik - beradik iaitu seorang lelaki dan seorg perempuan. Nama abg Na ialah Amir Firdaus bin Amaruddin yang berumur 13 tahun. Nama kakak Na ialah Amira Farhana binti Amaruddin yg skrang nie berumur 12 tahun. Dua org abg dan kakak Na mmg baik tapi biasalah adik - beradik mmg sekali sekala mcm anjing ngan kucing... Ni Na sertakan gambar2 family Na..Byebye! Dan semoga terhibur..!
1. yg pertama tu- ayah Na
2. yg kedua- mama Na
3. yg ketiga- kakak Na
4. yg keempat- Na
5. yg kelima- abg Na
With love,
BabyNaLovesU